Kempen Derma Darah Kali Kedua
Beri Impak Lebih Besar
Kempen Derma Darah Kali Kedua Beri Impak Lebih Besar
Sekali lagi, Radicare terus menunjukkan komitmen dalam menyokong Kempen Derma Darah anjuran Pusat Darah Negara (PDN). Penderma kali ini terdiri daripada kakitangan di cawangan-cawangan berhampiran Pusat Darah Negara dan juga turut melibatkan kakitangan operatif pembersihan (cleansing) untuk menderma darah pada 3 Disember 2025.
Radicare akan terus komited menyokong usaha PDN dalam memastikan stok darah sentiasa berada di paras optimum.