Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025
Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025
Edisi Kedua persidangan dan pameran kesihatan Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025 berlangsung dari 25 hingga 27 November 2025 bertempat di Hall 6, Kuala Lumpur Convention Centre. Acara berprestij ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama strategik KPJ Healthcare.
Bertemakan ‘Innovating For A Healthier Sustainable Future’, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, serta Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai topik penting dan futuristik telah dibincangkan, antaranya How to Predict the Future of Healthcare, Ensuring the Future of Healthcare Access and Affordability, Healthcare Reform Towards Value-Based Healthcare: What Needs to Happen, Malaysian Public Perception of AI in Healthcare, Disruptive Technologies: A Challenge to Academics in Healthcare, AI-Driven Healthcare Innovations, serta Training Tomorrow’s Health Workforce: Innovation in Healthcare Education.
Sebagai Silver Sponsor, Radicare turut membuka reruai pameran bagi memperkenalkan rangkaian perkhidmatan serta teknologi terkini yang ditawarkan. Reruai Radicare menerima kunjungan pelbagai delegasi dan pelanggan yang hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai solusi dan inovasi yang kami sediakan.