Search

Radicare Anjur Kempen Derma Darah Bagi Menyokong Pusat Darah Negara

Radicare Anjur Kempen Derma Darah Bagi Menyokong Pusat Darah Negara

Radicare Anjur Kempen Derma Darah Bagi Menyokong Pusat Darah Negara

Pada 20 November 2025, Radicare telah menganjurkan Kempen Derma Darah sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong keperluan bekalan darah negara serta membantu Pusat Darah Negara (PDN) memastikan stok darah sentiasa mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan.

Kempen ini dilaksanakan secara berfasa dan dimulakan dengan penyertaan lebih 50 penderma terdiri daripada warga kerja ibu pejabat, anak syarikat Radicare serta kakitangan Radimax. Penyertaan ini mencerminkan semangat kemanusiaan dan kesedaran sivik yang tinggi dalam kalangan kakitangan, selaras dengan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Radicare berharap penganjuran kempen ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah secara berkala serta menggalakkan lebih ramai individu tampil menyumbang dalam usaha menyelamatkan nyawa. Radicare akan terus komited dalam menyokong usaha PDN dan merancang untuk memperluaskan penglibatan warga kerja daripada lokasi lain pada fasa seterusnya.