Search

Radicare Diiktiraf Melalui Anugerah Kecemerlangan MyCREST di QUEST 2025

Radicare Diiktiraf Melalui Anugerah Kecemerlangan MyCREST di QUEST 2025

Radicare Diiktiraf Melalui Anugerah Kecemerlangan MyCREST di QUEST 2025

Radicare (M) Sdn. Bhd. telah menerima Anugerah Kecemerlangan MyCREST dalam kategori Operation & Maintenance (O&M) di Majlis Anugerah QUEST 2025 yang dianjurkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Majlis berprestij ini telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Pengiktirafan yang diterima di QUEST 2025 ini adalah berdasarkan keberhasilan Radicare dalam melaksanakan projek pensijilan bangunan hijau MyCREST 2024. Penilaian tersebut merangkumi aspek kecekapan tenaga, reka bentuk mampan, serta pengurusan alam sekitar yang teratur dan berkesan.

Anugerah ini telah diterima oleh pihak hospital sebagai pemilik fasiliti, manakala Radicare diiktiraf sebagai kontraktor pelaksana utama yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan kejayaan pensijilan dan pelaksanaan projek ini.

Anugerah Kecermelangan MyCREST diberikan kepada sembilan (9) hospital dan fasiliti di bawah seliaan Radicare, iaitu:

  1. Pusat Darah Negara
  2. National Pharmaceutical Regulatory Agency
  3. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  4. Hospital Jeli, Kelantan
  5. Hospital Pekan, Pahang
  6. Hospital Raub, Pahang
  7. Hospital Kuala Lumpur
  8. Hospital Sungai Buloh, Selangor
  9. Hospital Bentong, Pahang

Hospital Bentong telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Tertinggi MyCREST 2024, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menerima penghargaan khas daripada CIDB atas kepimpinan dalam agenda kelestarian melalui kejayaan 14 hospital dan fasiliti kesihatan di seluruh negara memperoleh pengiktirafan MyCREST.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen bersama KKM dan Radicare dalam memperkukuh agenda kelestarian melalui pembangunan fasiliti kesihatan yang cekap sumber, berimpak rendah karbon, serta menyokong usaha negara menuju masa depan yang lebih hijau dan mampan.