Majlis Penyerahan 14 Unit Kenderaan Kepada
Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG)
Majlis Penyerahan 14 Unit Kenderaan Kepada
Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG)
Majlis Penyerahan 14 unit Kenderaan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah berlangsung pada 24 Oktober 2025 bertempat di JMG Negeri Sembilan/Melaka selaku tuan rumah bagi majlis penyerahan tersebut. Simbolik penyerahan kunci kenderaan disempurnakan oleh En. Nik Emree bin Nik Mustapha, Pengurus Besar Radifleet kepada Tuan Haji Kamaruddan Abdullah’ Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG.
Sebanyak 14 unit kenderaan baharu, terdiri daripada SUV dan Trak Pikap telah dibekalkan oleh Radifleet Sdn. Bhd. (anak syarikat kepada Radicare (M) Sdn Bhd). Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada wakil penerima daripada pelbagai cawangan dan unit JMG di seluruh negara oleh Tuan Haji Kamaruddan Abdullah.
Turut hadir sama memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah JMG, wakil Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Pegawai Kanan JMG dan warga kerja JMG Negeri Sembilan/Melaka.