Search

Majlis Penyerahan Kenderaan Radifleet kepada Agensi Kerajaan

Majlis Penyerahan Kenderaan Radifleet kepada Agensi Kerajaan 2025

Majlis Penyerahan Kenderaan Radifleet kepada Agensi Kerajaan 2025

Sepanjang Oktober hingga Disember 2025, Radifleet Sdn. Bhd. (anak syarikat Radicare), yang diwakili oleh En. Nik Emree Nik Mustapha selaku Pengurus Besar, Puan Nirwanzah Jamaludin, Pengurus Operasi, serta En. Azanizam Mohamed Naim, Pengurus Pembangunan Perniagaan, terus komited dalam menyediakan perkhidmatan pembekalan kenderaan kepada agensi-agensi kerajaan melalui beberapa siri penyerahan kenderaan di seluruh negara.

Secara keseluruhan, siri penyerahan ini mencerminkan dedikasi Radifleet dalam menawarkan perkhidmatan pengurusan kenderaan yang komprehensif, berintegriti dan menepati keperluan operasi agensi kerajaan. Antara penyerahan yang telah dilaksanakan termasuklah:

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuantan, 31 Oktober 2025 – Penyerahan 1 unit Van Penumpang Toyota Hiace 3.0L Diesel kepada Puan Siti Zakitah binti Abd Samat, Ketua Jururawat Klinik Pergigian Beserah.

Workshop JKR Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, 12 November 2025 – 4 unit Toyota Corolla Cross, 1 unit Toyota Fortuner dan 3 unit Perodua Aruz diserahkan kepada En. Ahmad Muaz Anuar, Penolong Jurutera Kanan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

National Centre for Food Safety (NCFS), 26 November 2025 – Penyerahan 2 unit kenderaan melibatkan 1 unit Toyota Hilux dan 1 unit Toyota Fortuner kepada En. Mohamad Najib, Ketua Jurutera NCFS.

Workshop JKR Bahagian Perkhidmatan Mekanikal, 27 November 2025 – 4 unit Toyota Hilux diserahkan kepada YBrs. Ir. Ts. Br. Gs. PMr. Amran bin Ahmad, Ketua Jurutera Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sarawak, 7 Disember 2025 – 21 unit Toyota Fortuner 2.8 VRZ AT 4X4 dan 6 Unit Toyota Hilux 2.8 Rogue AT 4X4 diserahkan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, Tuan Haji Abdul Halim bin Abang Naili.