Search

Inisiatif Rewilding The Endangered Melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya

Inisiatif Rewilding The Endangered Melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya di NWRC, Sungkai, Perak

Inisiatif Rewilding The Endangered Melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya di NWRC, Sungkai, Perak

Sekali lagi Radicare dengan jalinan kerjasama bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan Inisiatif Rewilding The Endangered di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak pada 7 Disember 2024.

Inisiatif kerjasama ini merangkumi sumbangan kewangan yang disalurkan melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya di bawah tanggungjawab Jabatan PERHILITAN. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Hajah Halwah Abdul Manaf Ketua Pegawai Eksekutif, Radicare (M) Sdn Bhd dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN.

Pelaksanaan Strategi Korporat bagi Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (Environmental, Social & Corporate Governance, ESG) bertepatan dengan saranan kerajaan Malaysia, menjadikan inisiatif ini selari dengan pendirian Radicare di dalam mendokong dan menggalakkan amalan ESG.

Ia mencerminkan dedikasi syarikat terhadap kesejahteraan sosial, memupuk kewujudan bersama yang mampan antara manusia dan alam semula jadi dan selari di bawah usaha-usaha SDG 15 & SDG 17 (Sustainable Development Goals)