Search

CSR Radicare Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Radicare Menyumbang Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Radicare Menyumbang Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Pada 7 Disember 2024, Radicare telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan. 

Sebanyak 250 set barangan keperluan asas telah disumbangkan dan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara yang bertempat di SMK Genting, Pengkalan Kubor. Penyerahan dilakukan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad dan turut diiringi oleh Encik Norman Haji Nor, Pengurus Fasiliti Negeri Kelantan.

Setiap set bantuan tersebut mengandungi barangan keperluan harian  antaranya biskut, roti, sabun mandi, set berus gigi, air mineral, tuala wanita, serta makanan dalam tin. Sumbangan ini diharap dapat membantu memenuhi keperluan asas para mangsa banjir, sekaligus memberikan sedikit kelegaan dalam menghadapi situasi yang mencabar ini.

Sehubungan dengan itu, Radicare turut memberi sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 kepada Pertubuhan Amal Harapan Kelantan (PAHAK) sebagai bentuk sokongan yang signifikan terhadap usaha murni membantu mangsa banjir yang terkesan di Pantai Timur. 

Banjir gelombang pertama yang melanda Kelantan tahun ini telah mencatatkan kejadian yang lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Banyak kawasan yang terjejas teruk, menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana air mencapai paras bumbung rumah. Keadaan ini menyebabkan banyak keluarga kehilangan harta benda dan terpaksa memulakan kehidupan semula di tempat perlindungan sementara.