Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024
Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024

Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 buat julung kalinya diadakan pada 25 Oktober hingga 27 Oktober 2024. Bertempat di Hall 6, Aras 1, Kuala Lumpur Convention Centre, persidangan dan pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kolaborasi bersama KPJ Healthcare dan rakan strategik iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Acara yang gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan diiringi oleh YAB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Turut hadir, YBhg. Dato’ Ahmad Nazri Abdullah dengan diiringi oleh Puan Hajah Halwah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi, Radicare (M) Sdn Bhd.
Radicare adalah merupakan Gold Sponsor bagi MIH Megatrends 2024 yang bertemakan Healthcare: The Next Frontier. Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini memaparkan pelbagai topik-topik utama yang menarik seperti Generative AI To Augment Healthcare Delivery, Digital Healthcare Innovation: Technologies Shaping The Future Of Healthcare, Preserving Tomorrow: Charting The Path To Sustainable Healthcare, Generative Artificial Intelligence Transforming Healthcare dan pelbagai lagi topik yang dibincangkan mengenai kemajuan dan trend terkini industri kesihatan Malaysia.
Reruai Radicare telah dikunjungi dan dimeriahkan dengan kehadiran delegasi-delagasi dan pelanggan-pelanggan yang inginkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan teknologi-teknologi terkini Radicare. En. Huszian bin Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengambil kesempatan mencuba alatan teknologi Augmented Reality (AR) dari Radibems Sdn Bhd.