Search

Inisiatif CSR: Menyantuni Komuniti Tunawisma Melalui Peluang Pekerjaan Harian

Inisiatif CSR: Menyantuni Komuniti Tunawisma Melalui Peluang Pekerjaan Harian

Inisiatif CSR: Menyantuni Komuniti Tunawisma Melalui Peluang Pekerjaan Harian

Sebagai sebuah organisasi yang prihatin terhadap kesejahteraan komuniti, Radicare komited menyokong usaha Kerajaan dalam meningkatkan kebajikan golongan tunawisma melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi peluang pekerjaan harian kepada mereka.

Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan sumber pendapatan, malah bertujuan memupuk keyakinan diri, menanam rasa tanggungjawab, dan membuka ruang integrasi semula golongan ini ke dalam masyarakat. Pada masa yang sama, ia turut meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya memberi peluang kedua kepada komuniti terpinggir untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Sebagai langkah permulaan, program pertama telah dilaksanakan pada 11 September 2025 dengan kerjasama Radicare Cawangan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Seramai 10 peserta daripada komuniti tunawisma telah terlibat dalam aktiviti mengecat ‘road curb’ di kawasan antara Blok Unit Kenderaan, Blok Madani dan Blok Wisma Kayu di HKL. Program ini dimulakan dengan taklimat keselamatan dan tugasan oleh Pengurus Fasiliti Radicare HKL, Puan Noor Aqma Tarita, sebelum para peserta memulakan kerja.

Pada 4 Oktober 2025, sesi kedua inisiatif ini telah dijalankan dengan penyertaan 14 orang tunawisma. Aktiviti mengecat bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang meliputi kawasan Blok Utama, Jabatan Kecemasan, laluan hadapan Hospital Tunku Azizah, Pintu Utama HKL, Kompleks Pakar & Rawatan Harian, serta Blok Sukan HKL. Selain mengecat ‘road curb’, para peserta turut mengecat semula lintasan pejalan kaki dan bonggol jalan.

Inisiatif ini diteruskan lagi pada 8 dan 22 November 2025 juga di HKL dengan penglibatan seramai 15 orang tunawisma. Aktiviti berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang dengan tumpuan kerja mengecat disekitar kawasan Pediatrik, Blok Unit Kenderaan, hadapan Unit Angkut, SCACC, IKTAR dan mengecat bumbung walkway di laluan Wisma Kayu.

Inisiatif ini akan diteruskan secara berterusan dan diperluaskan dari semasa ke semasa, merangkumi lebih banyak hospital di bawah seliaan Radicare. Melalui peluasan ini, Radicare berhasrat untuk memaksimumkan impak sosial program serta memastikan lebih ramai golongan tunawisma berpeluang mendapat pekerjaan harian.