Inisiatif CSR: Penyerahan Kerusi Menunggu Pelawat kepada
Hospital Putrajaya
Inisiatif CSR: Penyerahan Kerusi Menunggu Pelawat kepada Hospital Putrajaya
Radicare meneruskan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang sebanyak tujuh (7) unit kerusi menunggu pelawat kepada Hospital Putrajaya pada 2 Oktober 2025.
Majlis penyerahan telah diadakan di Lobi Utama Hospital Putrajaya dan diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Anthony Dinesh A/L Balan, bersama Ketua Unit Perhubungan Awam, Puan Elin Azlin Binti Kamaruzaman. Radicare diwakili oleh Pengurus Fasiliti Cawangan Hospital Putrajaya, Encik Zahid Bin Zaki, serta Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Radicare, Puan Teh Suraya Shaharudin.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Radicare juga sebagai tanda keperihatanan dan sokongan dalam membantu meningkatkan keselesaan pengunjung di Hospital Putrajaya. Radicare sentiasa komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pelbagai program CSR yang memberi impak positif, khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan.