Search

Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030

Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2023

Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2023

Pada 9 September 2024, Radicare telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia – MMU Cyberjaya.

Radicare merupakan antara 11 syarikat Kerjasama Awam Swasta (PPP) yang terpilih menyertai majlis gilang-gemilang ini. Antara syarikat lain yang terlibat adalah Fomema, Bernas, Malaysia Airports, Telekom, PLUS, Westport, Semasa Sentral, Putrajaya Holdings, SV Suluh dan Puncak Tegap. Matlamat pelan strategik PIKAS 2030 adalah menyediakan landskap Kerjasama Awam-Swasta (PPP) yang teguh dan mampan untuk memacu kesejahteraan negara.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim turut berkesempatan melawat reruai Radicare bagi menyaksikan penggunaan teknologi-teknologi terkini yang diguna pakai oleh Radicare dalam Perkhidmatan Sokongan Hospital.