Selari dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, Radicare amat berbesar hati untuk bersama-sama menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada 24 November 2023, Radicare (M) Sdn Bhd yang diwakili oleh Pn. Hajah Halwah Abdul Manaf, Ketua Pegawai Eksekutif diiringi oleh En. Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi telah menyerahkan replika sumbangan berjumlah RM77,000 kepada YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Pada 7 Disember 2023, Radicare sekali lagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia melalui
OPS Ihsan dengan menghantar barangan sumbangan berupa bekalan perubatan termasuk ubat-ubatan ke Depot Simpanan Pertahanan Sungai Buloh sebelum dirasmikan oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan pada 8 Disember 2023 yang lalu.


Sumbangan ini menandakan keprihatinan Radicare dan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kesengsaraan rakyat Palestin, serta satu usaha murni sebagai bukti komitmen dalam menunjukkan semangat solidariti. Dana yang terkumpul akan disalurkan melalui Kementerian Luar Negeri, yang bertanggungjawab untuk mengumpul, menyelaras, dan menyalurkan sumbangan kemanusiaan dari rakyat Malaysia kepada saudara-saudara kita di Palestin.