Radicare (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Bachok dan Pejabat Tanah & Jajahan Bachok telah melaksanakan inisiatif penanaman pokok bakau di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Sebanyak 1,600 anak pokok bakau telah disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bagi menjayakan inisiatif ini.

 

YBhg. Dato’ Dr. Zaini Bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan telah merasmikan Inisitif Penanaman Pokok Bakau ini. YBhg. Dato’ Dr. Zaini turut berkata “Semasa kita memulakan usaha ini, marilah kita ingat bahawa tindakan kita ini, tidak kira betapa kecilnya tindakan itu, ia mempunyai kuasa untuk mencipta kesan kepada perubahan positif. Setiap pokok yang kita tanam pada hari ini adalah bukti dedikasi kita untuk memelihara keindahan dan daya hidup alam semula jadi”.

 

Inisiatif seperti ini adalah salah satu inisiatif Radicare yang sangat menitikberatkan kepentingan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau dengan nama lainnya ESG. ESG menggariskan kesalinghubungan yang membimbing kita semua kearah masa hadapan yang lebih mampan dan berdaya tahan. 

 

Antara tetamu kehormat yang turur hadir dalam program ini adalah Ts. Huszian bin Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, YABrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Ketua Jajahan Bachok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok, Puan Akmal Zawani Binti Abdul Kadir, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Haji Mohd Pikri Bin Muhd Zain, Pengurus Besar Radicare Negeri Kelantan. Tidak ketinggalan kehadiran daripada Pengarah hospital, Timbalan Pengarah Hospital, Jurutera dari JKN Kelantan dan hospital-hospital Negeri Kelantan,  kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, kakitangan Majlis Daerah dan Pejabat Tanah & Jajahan Bachok serta kakitangan Radicare Pejabat Negeri Kelantan dan cawangan Kota Bharu.