Radicare (M) Sdn Bhd telah terpilih sebagai penerima sijil penghargaan Majikan Kesuma Madani TVET bersempena dengan Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya MYFUTUREJOBS OKU & TVET, yang telah diadakan pada 1 Mac 2024 bertempat di IDCC Shah Alam.

Sijil penghargaan Majikan Kesuma Madani TVET ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anuar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 kepada En. Nik Emree Nik Mustapha, Pengurus Besar Radifleet Sdn Bhd. Muhammad Zulfadhli Bin Azizi yang merupakan graduan TVET di dalam jurusan Automotif Mekatronik telah diambil bekerja sebagai mekanik di Radifleet yang merupakan anak syarikat Radicare turut dijemput menerima sijil penghargaan.

Penghargaan yang diterima adalah merupakan satu pengiktirafan atas usaha syarikat membudayakan dan menyokong pengambilan pekerja golongan TVET secara aktif melalui kerjasama dengan Perkeso. Radicare adalah salah satu syarikat yang terpilih menerima penghargaan kategori TVET ini.

Turut hadir pada majlis yang gilang-gemilang ini, Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Haji Amirudin bin Shari dan Menteri Sumber Manusia, YAB Steven Sim Chee Keong.

 
 
En. Muhammad Zulfadhli telah diambil bekerja sebagai salah seorang Mekanik di Radifleet Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak syarikat Radicare.