Pada 5hb Julai 2017 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kelantan telah diadakan Majlis Makan Malam Amal "Malam Mesra Sekalung Budi Selautan Kasih" anjuran Persatuan Generasiku Sayang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Penganjuran majlis makan malam ini adalah untuk mengumpul dana dalam usaha melestarikan aktiviti-aktiviti di
Rumah Generasiku Sayang.

Tengku Temenggong Kelantan, YBM Dato' Tengku Muhammad Rizam bin Tengku Aziz bersama isterinya, Tengku Puan Temenggong Kelantan, YM Dato' Tunku Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Penaung Persatuan Generasiku Sayang telah mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam Amal ini. Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Hajah Selasawati binti Hj Ghazali, dan Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr. Hj Mohamad Salleh bin Mat Jusuh juga turut sama menghadiri makan malam ini. 
Dato' Zakri Afandi Ismail turut berkesempatan menghadiri Makan Malam ini bersama-sama
En. Hidaya Yahaya, Pengarah, Konsesi Operasi & IT Kumpulan, En Mohd Pikri Muhd Zain, Pengurus Besar Kawasan Kelantan,
dan beberapa wakil dari Ibu Pejabat dan cawangan Kelantan. 

Dikesempatan ini, Radicare (M) Sdn Bhd turut memberikan sumbangan sebagai tanda memberi sokongan kepada matlamat Persatuan Generasiku Sayang untuk menubuhkan
Rumah Generasiku Sayang sebagai tempat perlindungan, bimbingan, pemulihan kepada mereka yang memerlukan.