Pada 9hb Februari 2023, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor telah berangkat mencemar duli merasmikan Hospital Tanjong Karang, Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Radicare, Puan Hajah Halwah Binti Abdul Manaf, Ketua Pegawai Operasi, Encik Hidaya Bin Yahaya dan Pengurus Besar Negeri Selangor, Encik Abdul Aziz Bin Jumri turut menghadiri majlis perasmian ini.

 

Hospital Tanjong Karang yang baharu dengan status ‘Hospital Pakar Minor’ dibina bagi menggantikan bangunan Hospital Tanjung Karang sedia ada yang telah berusia 57 tahun. Sebanyak 150 katil telah ditambah menjadikan keseluruhan katil adalah 262 katil dan 10 perkhidmatan kepakaran (in-house) meliputi pakar perubatan kecemasan, umum, bedah umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik serta ortopedik akan disediakan secara berfasa. Perkhidmatan kepakaran lain seperti anestesiologi, radiologi, patologi, pergigian pediatrik dan bedah mulut selain otorinolaringologi, oftamologi, psikiatrik dan perubatan forensik.

 

Radicare akan terus memberi kerjasama dan perkhidmatan yang cemerlang kepada Hospital Tanjong Karang dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Turut hadir bersama ialah YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan, YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.