Pengurusan Sedafiat Sdn Bhd telah membuat lawatan ke Loji Sisa Klinikal di Telok Panglima Garang pada 30 November 2016.  Objektif lawatan adalah untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai teknologi baru yang di gunakan oleh Clinwaste iaitu ‘microwave’.

Di ketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Y’Bhg Datuk Ag Buhtamam bin Ag Mahmun dan Kumpulan Pengurusan Sedafiat Sdn Bhd. Turut bersama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Radicare (M) Sdn Bhd, Puan Hajah Halwah binti Abdul Manaf, Pengarah Operasi Konsesi dan Teknologi Maklumat Kumpulan Encik Hidaya bin Yahaya dan Pengarah Perolehan dan Pembangunan Vendor Kumpulan Encik Hamidey Hamid.

Pengurus Besar Clinwaste (M) Sdn Bhd, En.Syed Jalal bin Syed Shuhaimi memberi penerangan kepada penggunaan teknologi baru iaitu teknologi ‘microwave’ dari Belgium dan Amerika Syarikat sebagai satu cara pelupusan yang mesra alam. 

Radicare (M) Sdn Bhd sedia berkongsi pengalaman dan manfaat dengan Konsesi yang berminat dalam usaha memastikan Pengurusan Sisa Klinikal Negara berada di tahap tertinggi dalam memenuhi permintaan masa hadapan.