Pada 27 Mei 2024, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), bersama Encik Mohd Fauzee bin Abd Majid, Setiausaha Bahagian dan Pegawai-pegawai Bahagian Perolehan & Penswastaan dan Pegawai-pegawai Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan telah membuat lawatan kerja di Hospital Putrajaya.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan taklimat pengoperasian Perkhidmatan Sokongan Hospital di Hospital Putrajaya oleh Encik Hidaya Bin Yahaya, Ketua Pegawai Operasi, Radicare (M) Sdn Bhd. Lawatan kerja dimulai dengan melawat ke Wad 4A untuk melihat Asset Tracking & Asset Utilization peralatan BEMS dan diteruskan dengan menyaksikan penggunaan teknologi Smart Toilet System yang dipasang di tandas awam dan juga Magnetic Bearing Chiller yang digunakan sebagai salah satu inisiatif penjimatan tenaga di Plant Room. Lawatan kerja ini di akhiri dengan melawat Call Centre dan Pejabat Urusan Radicare.



 

Taklimat pengoperasian PSH oleh Encik Hidaya Bin Yahaya

 
Asset Tracking & Asset Utilization untuk peralatan BEMS Penggunaan AI Robotik bagi perkhidmatan pembersihan.



Lawatan ke Call Centre Radicare Putrajaya