12hb hingga 14hb Ogos 2022 - julung kali diadakan Karnival Sukan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) 2022 anjuran lima (5) syarikat konsesi iaitu Radicare (M) Sdn Bhd, Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, Sedafiat Sdn Bhd, One Medicare Sdn Bhd bersama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebanyak enam (6) acara dipertandingkan iaitu boling, bola sepak, badminton, ping pong, bola jaring dan golf.

 

Tujuan Karnival Sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara syarikat-syarikat konsesi bersama-sama BPK, KKM selain dapat memupuk semangat kesukanan serta selain kekal aktif dan sihat dalam kesibukan bekerja setiap hari.

 

Karnival Sukan PSH 2022 telah dimulakan dengan acara boling pada 12hb Ogos 2022 di Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya. Tn. Hj. Ir. Tauran Zaidi Ahmad Zaidi, Pengarah BPK telah membuat balingan pertama untuk acara boling simbolik kepada perasmian Karnival Sukan PSH ini. Pada 13hb Ogos, acara bola sepak, badminton, ping pong & bola jaring telah diadakan di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS) Sport Complex dan UNITEN Sport Arena dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Sesi penyampaian hadiah diadakan sejurus selepas tamat kesemua acara.

 

Radicare telah memenangi tempat kedua bagi acara bola jaring dan tempat ketiga bagi acara badminton. Lain-lain acara mendapat saguhati. Tahniah kepada semua.

 

Karnival Sukan PSH telah berakhir dengan acara golf pada 14hb Ogos di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.
 

Selain daripada itu, sebuah majlis makan malam sempena persaraan Pengarah BPK, Tn. Hj. Ir. Tauran Zaidi Ahmad Zaidi turut diadakan di Zenith Putrajaya pada 13hb Ogos jam 8.00 malam. Majlis persaraan ini dihadiri oleh kakitangan BPK dan wakil dari syarikat-syarikat konsesi. Encik Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Radicare merupakan individu yang paling lama dalam konsesi dipilih untuk memberikan ucapan mewakili syarikat-syarikat konsesi sempena persaraan Tn. Hj. Ir. Tauran Zaidi Ahmad Zaidi.

 

Saguhati Boling Lelaki Saguhati Boling Wanita
Tempat Ketiga Badminton 
Tempat Kedua Bola Jaring Pasukan Bola Sepak Radicare  Saguhati Ping Pong
Pasukan Bola Jaring Radicare Pasukan Badminton Radicare Pasukan Ping Pong Radicare