Sekali lagi, Radicare (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan inisiatif gotong-royong di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) Lanchang, Pahang.

Aktiviti gotong-royong ini ini telah dijayakan dan dimeriahkan lagi dengan penglibatan 50 orang kakitangan yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Hospital Bentong, Hospital Raub, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan Radicare cawangan Pahang.

 

Taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan diketuai oleh En. Muhammad Idham, Pen. Pengarah MTCC. Radicare dan Pihak Hospital dibahagikan kepada 3 kumpulan kerja untuk pemasangan perabot kayu, penanaman pokok dan pembersihan pagar di kawasan blok pelepasan dengan diketuai oleh kakitangan Jab. PERHILITAN. Bagi inisiatif ini, Radicare telah menaja 2 set perabot kayu di dua buah pedok Harimau Malaya dan 50 anak pokok.

 

Radicare menyedari kepentingan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dan berharap pelaksanaan inisiatif seperti ini bertepatan dengan pendirian Radicare di dalam mendokong dan menggalakkan amalan ESG.

 

Aktiviti ini juga diadakan bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia yang dianjurkan setiap tahun pada 3hb Mac.




Gambar kenangan bersama JKNP, Hospital Bentong, Hospital Raub,
HOSHAS Temerloh, Radicare cawangan Pahang dan MTCC


En. Abdul Aziz, SGM Pahang menyerahkan Wall Plaque kepada
En. Saat Yaakob Ketua Pusat MTCC


Sesi pembahagian Kumpulan yang diketuai
oleh En. Muhammad Idham dari MTCC

Penanaman anak pokok oleh En. Mazri Bin Abdullah, Jurutera
dari JKNP bersama En. Abdul Aziz  dan En. Saat Yaakob
 
Penanaman anak pokok oleh Puan Letchumy A/P Baskaran
dari Hospital Bentong
 
Pembersihan pagar di blok pelepasan

Pemasangan Perabot Kayu di laman senam di pedok isolasi


Wakil Radicare membantu memotong rumput dikawasan pagar

 
Kakitangan bergambar di Perabot Kayu yang siap dipasang
di pedok pra-pelepasan