Pada 16hb November 2023, Majlis Anugerah MSOSH Kali Ke-41 telah berlangsung di Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya. Acara tahunan yang berprestij ini dianjurkan oleh Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada semua organisasi dan syarikat yang telah mencapai prestasi kerja Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terpuji dan telah menunjukkan peningkatan dalam proses Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui sistem Keselamatan dan Kesihatan yang baik.

Radicare cawangan Tumpat, buat julungkalinya telah merangkul Anugerah Gold Merit. Manakala Radicare cawangan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan cawangan Hulu Terengganu telah memperolehi Anugerah Gold Class 1.

Majlis perasmian Anugerah MSOSH Kali Ke-41 bagi tahun 2023 ini telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YBhg. Datuk Sivakumar Varatharaju.