Seperti tahun-tahun yang lepas, Radicare tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai 19th Southeast Asian Healthcare & Pharma Show yang telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada tahun ini. Pameran yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 11 hingga 13 April ini telah disertai oleh lebih 100 buah syarikat dari dalam dan luar negara. Terdapat penyertaan dari Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Myanmar, Korea dan juga Jepun. 

Pameran ini menjadi program tahunan kerana ianya menjadi platform untuk Radicare memperkenalkan Perkhidmatan Sokongan Hospital kepada pengunjung terutamanya pengunjung daripada hospital swasta, klinik-klinik, dan makmal seluruh Malaysia.