Sesi Menandatangani Supplementary Agreement dan Interim Agreement
Sesi Menandatangani Supplementary Agreement dan Interim Agreement

Pada 27 Mac 2025 (Khamis), telah berlangsung Sesi Menandatangani Supplementary Agreement (SA) dan Interim Agreement (IA) berhubung Perjanjian Konsesi, Perkhidmatan Sokongan Hospital di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Radicare (M) Sdn Bhd.
Sesi menandatangan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Perolehan & Penswastaan, KKM. Radicare dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nazri Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah, En. Hidaya bin Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pn. Nani Suryani AHmad Tajuddin, Ketua Pegawai Perundangan dan Tadbir Urus Kumpulan.