Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 Radicare (M) Sdn Bhd
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 Radicare (M) Sdn Bhd
Pada 24 April 2025 bersamaan 25 Syawal 1446H, Radicare (M) Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri yang penuh meriah bertempat di Grand Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu, termasuk kakitangan, rakan niaga serta tetamu kehormat.
Pelbagai juadah telah disediakan dan antara yang mendapat perhatian para tetamu sudah semestinya hidangan Kambing Golek, Sudut ‘Live Action Stall’, Lemang, Rendang Daging dan Ayam, Sudut Aneka Panggang dan juga Satay.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan nyanyian lagu Radicare dan seterusnya ucapan aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Radicare, Encik Hidaya Bin Yahaya.
Pada majlis hari raya ini, Radicare mengambil peluang untuk menghargai sumbangan dan komitmen warga kerja melalui penyampaian Long Service Award bagi 10 tahun, 20 tahun dan 25 tahun tempoh perkhidmatan, sebagai simbol penghargaan atas kesetiaan dan dedikasi berterusan mereka kepada Radicare.
Majlis turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Luxmana Songkok, yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.