Inisiatif Rewilding The Endangered
Melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya
Inisiatif Rewilding The Endangered Melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya

Radicare (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan inisiatif ‘Rewilding the Endangered’ iaitu salah satu inisiatif di dalam usaha memelihara dan memulihara hidupan liar negara pada 23 November 2023.
Inisiatif kerjasama ini merangkumi sumbangan kewangan yang disalurkan melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya di bawah tanggungjawab Jabatan PERHILITAN. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Hajah Halwah Abdul Manaf Ketua Pegawai Eksekutif, Radicare (M) Sdn Bhd dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN bertempat di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Lanchang, Pahang.
Hajah Halwah berkata, Radicare amat berbesar hati dapat menyumbang dan memainkan peranan bersama PERHILITAN dalam membangkitkan kesedaran terhadap pemuliharaan Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan di Malaysia. Ini kerana harimau merupakan simbol ikonik hidupan liar dan juga melambangkan sumber inspirasi ketangkasan, keberanian dan kekuatan rakyat negara ini. Sumbangan ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pelaksanaan strategi korporat bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance, ESG) yang bertepatan dengan saranan Kerajaan Malaysia, menjadikan inisiatif ini selari dengan pendirian Radicare di dalam mendokong dan menggalakkan amalan ESG.
Delegasi Radicare juga berkesempatan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah pada hari yang sama.