Search

Inisiatif CSR Sempena Aidiladha: Infak Pakaian Terpakai

Inisiatif CSR sempena Aidiladha: Infak Pakaian Terpakai

Inisiatif CSR sempena Aidiladha: Infak Pakaian Terpakai

Satu lagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Radicare (M) Sdn Bhd sempena sambutan Hari Raya Aidiladha telah berjaya dilaksanakan pada 4 Jun 2025. Program Infak Pakaian Terpakai ini merupakan usaha murni untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya asnaf dan gelandangan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Pakaian yang dikumpulkan daripada kalangan Radistars telah disumbangkan kepada Pusat Kebajikan dan Dakwah Singgah Teduh Nur Qaseh Chow Kit, untuk diagihkan kepada komuniti sasaran menjelang Aidiladha.

Pakaian seperti Baju Melayu, Jubah, Baju Kurung, dan Tudung adalah fokus utama untuk kali ini bersempana Aidiladha. Turut disumbangkan adalah pakaian harian untuk semua peringkat umur – daripada kanak-kanak hingga dewasa. Setiap pakaian yang disumbangkan dipastikan dalam keadaan baik, bersih, dan boleh terus dipakai oleh penerima.

Radicare merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Radistars yang telah menunjukkan semangat keprihatinan dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif ini.

Semoga inisiatif ini bukan sahaja membawa keceriaan kepada penerima menjelang Aidiladha, malah dapat menyemai nilai murni berkongsi, prihatin dan saling membantu dalam kalangan warga kerja Radicare.