Search

Inisiatif Gotong Royong Di MTCC

Inisiatif Gotong-Royong Di MTCC

Pada 5hb Mac 2024, Radicare sekali lagi telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Lanchang, Pahang. Kesinambungan dari Inisiatif Rewilding The Endangered yang telah dilaksanakan pada November 2023, pada kali ini dengan diketuai oleh MTCC, Radicare telah mengadakan Program Gotong-Royong. Program ini juga diadakan bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia yang dianjurkan setiap tahun pada 3hb Mac.

Ianya telah dijayakan dan dimeriahkan lagi dengan penglibatan kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Hospital Bentong, Hospital Raub dan Hospital Temerloh dan juga kakitangan Radicare Cawangan Pejabat Negeri Pahang, Bentong, Raub dan Temerloh seramai 50 orang.
Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan dari En. Muhammad Idham bin Sahiron iaitu Penolong Pengarah MTCC. Radicare telah menaja 2 set perabot kayu untuk laman senam di pedok pra pelepasan dan juga pedok isolasi Harimau Malaya. Selain itu, Radicare turut menyumbang 50 anak pokok untuk ditanam disekitar kawasan MTCC.
Tiga (3) aktiviti telah dijalankan iaitu pembersihan pagar di blok pelepasan dan kawasan sekitar, penanaman anak pokok dan juga pemasangan perabot kayu di laman senam di dua buah pedok Harimau Malaya.
Pelaksanaan strategi korporat bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance, ESG) yang bertepatan dengan saranan Kerajaan Malaysia, menjadikan inisiatif ini selari dengan pendirian Radicare di dalam mendokong dan menggalakkan amalan ESG.