Pada 11 Ogos 2021, satu lagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah dilunaskan oleh Radicare (M) Sdn Bhd, di Majlis Penyerahan dua (2) unit ambulans kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kegunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu 2.0 diTaman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Usaha ini adalah hasil gabungan bersama di antara Radicare (M) Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, Sedafiat Sdn Bhd dan One Medicare Sdn Bhd.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia dan  penyerahan ambulans disampaikan oleh En. Abdul Aziz bin Jumri selaku Pengurus Besar Radicare bagi Negeri Selangor yang juga mewakili keempat-empat syarikat konsesi yang menyumbang.  Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Dr. Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM selaku Komander Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) dan Dr. Md Anuar Abd Samad @ Mahmood, Ketua Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM.


Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban para petugas barisan hadapan KKM di dalam menguruskan para pesakit COVID-19.