Program Eksekutif Muda Radicare adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan latihan tertentu dan pengalaman kerja yang diharapkan dapat meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan samada dengan Kumpulan Radicare atau syarikat-syarikat lain setelah tamat tempoh program tersebut.

 

Graduan yang layak dan terpilih akan mengikuti program latihan “soft-skill” yang komprehensif dan akan ditempatkan dalam latihan sambil kerja (on-the-job training) dengan Kumpulan Radicare. Graduan yang terpilih juga akan dibayar Elaun sebanyak RM2,000.00 sebulan semasa tempoh latihan

 

Kelayakkan 

·           Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam, Elektrik dan Mekanikal)

·           Menganggur selepas tamat pengajian atau kurang daripada 1 tahun pengalaman bekerja.

·           Bermotivasi, mempunyai kemahiran interpersonal yang kuat dan bersikap positif.

·           Tempoh latihan maksima: 8 bulan.

 

Sila hantarkan permohanan anda bersama dokumen-dokumen berikut:

1.      Resume

2.      Salinan imbasan Transkrip / Salinan imbasan Ijazah

3.      1 gambar bersaiz pasport

4.      1 salinan Kad Pengenalan (IC)

 

dan hantar ke norbaity@radicare.com.my atau sl1m.radicare@gmail.com