En. Rabion Akhir Bin Mohamad, Mechanical Technician (No staf : 002344) telah berkhidmat selama 20 tahun di Radicare (M) Sdn Bhd. Beliau telah memulakan tugas di Radicare cawangan Hospital Selayang pada 1hb November 2000 dan bertukar ke Radicare cawangan Hospital Tanah Merah pada 1hb September 2010 hingga sekarang.
En. Rabion Akhir merupakan salah seorang pencipta lagu Radicare.

 Menceritakan sejarah penciptaan lirik dan melodi lagu korporat Radicare, En. Rabion Akhir bersyukur kerana dikurniakan bakat seni dalam dirinya,

“Sewaktu pertandingan Customer Relationship Programme atau CRP peringkat Radicare Selayang antara unit, saya telah mencipta sebuah lagu yang berjudul CRP untuk diselitkan dalam pertandingan bagi memantapkan unit FEMS Radicare Selayang ketika itu. Semasa pertandingan, salah seorang juri dari Ibu Pejabat telah mendengar lagu tersebut dan memajukan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Radicare akan kewujudan lagu CRP. Alhamdulilah, pihak Pengurusan Tertinggi Radicare mengiktiraf lagu CRP dan telah menjadikannya sebagai lagu tema 
Customer Relationship Programme. Kemudian, pihak Pengurusan Radicare mencadangkan agar saya mencipta sebuah lagu korporat untuk Radicare. Dari situ, saya mula menulis lirik dan mencari idea untuk menghasilkan melodi lagu Radicare. Oleh kerana jiwa dan naluri saya sudah sebati dengan Radicare, ia memudahkan saya untuk mencari ilham menulis lirik, kerana setiap baris lirik di dalam lagu Radicare ini adalah gambaran kepada diri saya. 
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, atas izinNya saya masih bersama Radicare sehingga kini.”

Antara kenangan yang paling tidak dapat beliau lupakan adalah ketika beliau dan tiga rakan dari Radicare Selayang diundang oleh pihak Pengurusan Radicare membuat persembahan menyanyikan lagu Radicare ini semasa Majlis Pelancaran Customer Relationship Programme untuk 5 negeri di bawah selian Radicare (M) Sdn Bhd
di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 Selain itu, antara pengalaman manis lain beliau bersama Radicare adalah ketika menyertai satu program CRP. Beliau berkata, program CRP ini sangat bermanfaat dan bagus untuk semua kakitangan Radicare bagi mengeratkan lagi hubungan dengan pelanggan. Bagi beliau, dengan penghasilan dua buah lagu tersebut, ianya dapat membantu syarikat menghidupkan lagi program CRP dan menarik minat lebih ramai kakitangan untuk menyertai program ini.

 Beliau berharap agar Radicare terus menjadi sebuah syarikat yang cemerlang dan berjaya dalam memberi perkhidmatan pengurusan fasiliti yang terbaik dan menjadi contoh sebagai sebuah Syarikat Konsesi yang terbaik dan berpengalaman kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

  Diakhir perbualan, En. Rabion Akhir ingin menasihati rakan-rakan Radicare yang lain,




                        Gambar terkini En. Rabion Akhir bin Mohamad        Gambar bersama rakan seperjuangan di
Radicare Cawangan Selayang tahun 2010
               Ketika membuat persembahan sempena pelancaran CRP
   peringkat hospital tahun 2010                   
Ketika membuat persembahan semasa Majlis Pelancaran CRP
di Hospital Selayang tahun 2009