Pada 10hb – 14hb September 2017, Tuan Haji Dusuki bin Haji Yaacob (Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Penswastaan) dan Ir Rosmahadi bin Ali (Timbalan Pengarah Unit Teknikal, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan) dari Kementerian Kesihatan Malaysia ditemani oleh Ir Mohd Rozi bin Mat Nor (Pengurus Besar, Radifems Sdn Bhd) telah menghadiri Building Healthcare Middle East Exhibition & Conference yang telah berlangsung di Dubai International Convention & Exhibition Centre, United Arab Emirates.

Persidangan teknikal di luar Negara ini adalah di bawah skop Technology Transfer, Sustainability Program. Dengan menghadiri persidangan dan seminar tersebut, ianya dapat memberi peluang untuk mempelajari daripada pakar-pakar yang terkenal dunia berkenaan dengan perkembangan baru, inovasi dan amalan terbaik bagi kemudahan penjagaan kesihatan yang baru dan menambah baik perkhidmatan yang sedia ada.