Pada 28hb Jun 2022, United Nation Development Organization (UNIDO) telah menganjur dan menjemput Radicare (M) Sdn Bhd untuk menyertai Terminal Event and Certificate Presentation Ceremony di The Everly, Putrajaya.

Jemputan tersebut adalah di atas pelaksanaan Projek Solar Hybrid Hot Water System Hospital Ampang iaitu projek kerjasama dengan Radicare untuk menjayakannya. Projek Solar Hybrid Hot Water System ini memberi penjimatan penggunaan bahan api Liquified Petroleum Gas (LPG) sebanyak lebih 99,000 kg. bersamaan dengan 932 tan karbon dioksida dengan penjimatan kos perbelanjaan hampir RM300,000 kepada hospital bagi tempoh 1 tahun. Sehubungan dengan itu, Hospital Ampang telah diberikan sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI).

Program penjimatan tenaga tersebut telah dilaksanakan secara Energy Performance Contracting (EPC) yang bermula pada 1hb Oktober 2020 dan telah siap pada 27hb April 2021. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Hj. Ir. Tauran Zaidi Bin Ahmad Zaidi, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia.