Kisah Pn. V. Thenmoli yang disiarkan melalui Free Malaysian Today (FMT) telah mendapat perhatian Radicare (M) Sdn. Bhd. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang menderita masalah darah beku sehingga menjejaskan pernafasan menyebabkan beliau sukar untuk bergerak, bekerja, menguruskan diri dan melakukan tugas harian.

Sehubungan dengan itu, pada 6 Julai 2022, tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah dilaksanakan oleh Radicare kepada Pn. V. Thenmoli dengan memberikan beberapa helai pakaian beserta barang keperluan diri dan makanan asas. Selain daripada itu, Radicare turut membersihkan bilik beliau dengan memberikan rak untuk menyimpan barang kegunaan seperti pakaian, alas tidur, makanan kering agar lebih selesa dengan ruang bilik yang terhad.

Sebelum ini, barang kegunaan harian seperti alas tidur dan pakaian diletakkan di atas lantai dan makanan kering seperti biskut dan ubat-ubatan diletakkan di atas meja kecil. Beliau juga dan hanya mempunyai beberapa helai pakaian kerana mempunyai masalah mencari pakaian yang bersaiz besar.