YBhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia telah merasmikan Kursus Table Top Exercise and Communication in Disaster Medicine 7 (TOPCOM 2019) Peringkat Antarabangsa di UiTM Kampus Selayang.

Ini merupakan kali kelima kursus TOPCOM ini dianjurkan di peringkat antarabangsa melibatkan 36 fasilitator dari negara United Kingdom, Amerika, Jepun, Kanada, India dan Thailand. Peserta-peserta dari negara-negara luar seperti Indonesia, India dan Nepal turut hadir.

Objektif kursus adalah untuk melatih kakitangan dalam mengkoordinasi pengurusan bencana semasa kejadian bencana. Kursus ini juga bertujuan untuk melatih peserta kursus dengan teknik komunikasi yang teratur dan berkesan ketika bencana dan juga menguji sistem pengurusan bencana di peringkat nasional dan antarabangsa, di samping memperkasakan respon hospital yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

YBhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyampaikan anugerah Jasamu Dikenang kepada En. Syed Rosli bin Tuan Putera @ Syed Abdul Rashid di atas sumbangan beliau dalam misi kemanusiaan dan krisis pengurusan bencana peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bersempena
dengan TOPCOM 2019