Sumbangan Radicare kepada Hospital Shah Alam melalui Zakat Wakalah
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Datuk Wira Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam dan mewakili Hospital Shah Alam bagi menerima 10 unit kerusi roda tersebut daripada Ketua Pegawai Operasi Radicare, En. Hidaya Yahaya. Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Dr. Ihsan Abdul Razak, Timbalan Pengarah Perubatan II, dan Pn. Nurul Hanan Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Hospital Shah Alam.
Radicare berharap sumbangan ikhlas ini dapat dimanfaatkan oleh para pesakit dan juga komuniti yang memerlukan di Hospital Shah Alam.
![]() |
![]() |
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh En. Hidaya Yahaya kepada |
Dr. Ihsan Abdul Razak, Timbalan Pengarah Perubatan II menyerahkan
sijil penghargaan kepada Radicare. |