Sirim Surveillance Audit bagi tahun 2015  telah diadakan pada 12 Januari 2016 yang lepas. Auditor yang terlibat adalah Pn. Kamsiah binti Mansoor dan juga En. Mohamad Azhar bin Abdul Kadir. Ucapan pembukaan dan pembentangan prestasi cawangan telah dibuat oleh En. Zahid bin Zaki, Pengurus Operasi. Pada hari tersebut, En. Abdul Aziz Jumri selaku Pengurus Besar Kawasan Tengah dan juga Pn. Noor Zilah selaku Pengurus Bahagian Kualiti juga turut sama untuk turun padang bersama Ketua Jabatan Radicare cawangan Putrajaya bagi memastikan audit berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pihak cawangan turut diberikan beberapa teguran untuk penambahbaikan.