Radicare (M) Sdn Bhd telah dilantik sebagai Rakan Strategik (Strategic Partner) bersama Management & Science Univercity (MSU) semasa Majlis Perjanjian pada 19 Mac 2019.

 
Melalui Perjanjian tersebut, Radicare akan membekalkan perkhidmatan linen dan pengurusan sisa klinikal di MSU Medical Centre. MSU Mensasarkan pelaksanaan "Sustainable Development Goal" (SDG) yang menumpukan kepada pemuliharaan alam sekitar dalam perkhidmatan yang disediakan.
 
               
 
Sehubungan dengan SDG tersebut, perkhidmatan yang disediakan oleh Radicare akan melibatkan kawalan kualiti pelepasan udara bagi proses perlupusan sisa klinikal & kualiti pembersihan linen yang mematuhi keperluan akta alam sekitar yang ditetapkan.

Pelaksanaan perjanjian tersebut akan diuruskan oleh Radifems Sdn Bhd dengan kerjasama Medilaund (M) Sdn Bhd dan Clinwaste (M) Sdn Bhd. Inisiatif ini diharap membuka peluang bagi Radicare (M) Sdn Bhd dan anak syarikat untuk lebih bergerak kehadapan meneroka peluang pernigaan di sekitar berkaitan dengan lebih drastik lagi, insyaAllah.