Dunia telah digemparkan dengan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang pertamanya ditemui di Wuhan, China dan ia adalah virus baru yang belum pernah ditemui oleh manusia.

Dua misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia bersama tanggungan (pasangan/anak) dari Wuhan, China telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Misi pertama, seramai 107 orang warganegara Malaysia telah dibawa pulang pada 4hb Februari 2020 dan telah selesai menjalani saringan kesihatan selama 14 hari yang berakhir pada 18hb Februari 2020 di AKEPT.

Misi kedua telah membawa pulang seramai 68 orang warganegara Malaysia dan menjalani saringan kesihatan selama 14 hari di AKEPT dari 26 Februari 2020 hingga 11 Mac 2020. Sebelum ditempatkan di AKEPT, kesemua mereka telah menjalani saringan kesihatan di Air Disaster Unit, KLIA.

AKEPT adalah Institut Latihan Awam dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan terletak di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan yang mempunyai kemudahan 150 bilik penginapan. Ia dijadikan pusat pemantauan bagi memantau kesemua warganegara Malaysia yang dibawa balik dari Negara China.

Oleh kerana Radicare mempunyai kepakaran dan kemudahan yang diperlukan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik Radicare (M) Sdn Bhd untuk menjalankan perkhidmatan Pengurusan Sisa Fasiliti Kesihatan, Linen dan Pendobian dan juga perkhidmatan Pembersihan di AKEPT.

Radicare bertanggungjawab untuk menyediakan linen bersih yang mencukupi kepada Patient Under Surveillance (PUS) dan pekerja perubatan, mengutip linen kotor, membekalkan consumables dan receptacles bagi pengurusan sisa fasiliti kesihatan, menguruskan sisa-sisa klinikal, menjalankan kerja-kerja Terminal Cleaning, kerja-kerja Disinfectant Spray dan kerja-kerja lain yang berkaitan.


                
Ketibaan Patient Under Surveilance di AKEPT   Bilik Gerakan 2019-nCoV Contoh pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan lengkap mengikut SOP
       
 
Kerja-kerja harian membersih blok PUS dengan memakai PPE   Kerja-kerja Disinfectant Spray di Common Area blok PUS Kerja-kerja Terminal Cleaning dengan menggunakan Steamer selepas PUS tamat kuarantin
       
 
Kerja-kerja pengurusan sisa klinikal di blok PUS   Kerja-kerja pengurusan sisa klinikal di blok PUS Kerja-kerja pengurusan sisa klinikal di blok
 
Kerja-kerja pengurusan sisa klinikal di blok PUS   Bekalan linen bersih untuk PUS Bekalan linen bersih untuk PUS (Kanak-kanak)

Pengurusan linen yang telah digunakan
 
Pengurusan linen yang telah digunakan