Pada tahun 2017 ini, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kali ke-6 untuk Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) yang ke-29. Sukan SEA akan berlangsung dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017. Terdapat 36 tempat pertandingan, 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 3 di Putrajaya, 2 di Negeri Sembilan, 1 di Kedah dan 1 di Terengganu.

Radicare (M) Sdn Bhd cawangan Hospital Kuala Lumpur telah menjadi salah satu sukarelawan membekalkan perkhidmatan linen kepada Klinik Sukan SEA yang berada di Hotel Regency Kuala Lumpur. Bekalan kain bersih akan dihantar mengikut permintaan dari pihak Klinik dan kain kotor juga diambil setiap hari. Antara jenis linen yang telah disumbangkan pada 17hb Ogos 2017 adalah cadar, sarung bantal, selimut dan juga baju pesakit. Kesemua linen ini telah diserahkan kepada Dr. Muhammad Yunus bin Tauhid Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (Perubatan), Unit Perlindungan Perubatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Radicare turut akan menyumbang alas sofa, linen protector, stretcher canvas dan dressing towel kepada klinik ini sehingga tamat Sukan SEA ini pada 30hb Ogos 2017.