MAEPS Serdang kini dibuka semula sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 atau dengan singkatan PKRC MAEPS 2.0 dengan sasaran kemudahan katil sebanyak 10,000 unit. Terdahulu, ianya dibuka buat pertama kali pada 29hb Mac 2020 sehingga 10hb Julai 2020 dengan kemudahan katil sebanyak 1,000 unit.  


Sebuah mesin sanitasi atau nyahkuman dikenali sebagai RADIT (Radicare Disinfect) telah digunakan bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja sanitasi menggunakan 48V-10000W kuasa kuda.

RADIT mempunyai dua (2) fungsi semburan iaitu Mist Blower dan Ultrasonic Atomizer.  Mist Blower digunakan untuk menyembur permukaan lantai dan juga dinding, manakala Ultrasonic Atomizer diaplikasikan pada ruang udara, tempat-tempat dan alatan atau barangan yang sensitif terhadap cecair seperti bilik server, komputer, kertas dan peralatan elektronik.

Mesin ini direka khas untuk memudahkan proses nyahkuman di kawasan berisiko tinggi tanpa melibatkan banyak tenaga kerja. 
RADIT berkeupayaan membawa 60 liter hingga 100 liter cecair pembasmi kuman dan hanya mengambil masa selama 15 minit untuk melakukan sanitasi pada ruang seluas 10,000 kaki persegi.