Mohamad Fuaat Bin Khamis
, Facility Manager berkata, "Saya setia bersama Radicare kerana dapat berbakti membantu pihak hospital untuk memastikan peralatan dan sistem diselenggara dengan baik. Pesakit yang hadir menerima rawatan, dari sakit pulih kembali kepada kesihatan yang lebih baik. Dalam sepanjang tugasan banyak ilmu yang dapat dipelajari, dikongsi bersama-sama orang awam, hospital dan kakitangan syarikat. Bagi saya, kerjaya di Radicare adalah satu Ibadah yang terbaik tidak dapat diperolehi di mana-mana syarikat lain. Disamping itu juga, bekerja adalah hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah".

Sementara itu, Anuar B. Nor Ariffin, Executive Project, berkata “Radicare merupakan satu organisasi di mana kakitangannya berpeluang untuk meningkatkan kejayaan diri dalam kerjaya. Ruang keterbukaan dari pihak pengurusan membolehkan kakitangan membentuk kejayaan diri untuk mencapai tahap tertinggi dalam organisasi atau seadanya. Silaturahim antara kakitangan dan pelanggan yang berterusan juga menjadikan saya setia bersama Radicare hingga ke hari ini. Saya bersyukur dan redha dengan apa keadaan yang melanda Radicare sejak ditubuhkan hingga ke hari ini. Alhamdulillah, terima kasih kerana Radicare adalah sebahagian dari kehidupan saya sehingga kini”.

Hasbullah Bin Husin,  Supervisor, Healthcare Waste Management Services  antara tiga kakitangan yang telah berkhidmat sepanjang 25 tahun penubuhan Radicare berkata, “Saya setia kerana bekerja dengan Radicare yang memberi khidmat kepada hospital ini mempunyai hubungan dengan masyarakat. Disamping mendapat imbuhan, sekiranya kerja yang kita lakukan itu ikhlas dan bertanggungjawab, usaha dan khidmat yang kita beri Insyaallah diberkati dunia akhirat”.


"Anugerah ini sebagai tanda penghargaan Radicare atas dedikasi dan semangat mereka berkhidmat untuk syarikat".
Seramai 203 pekerja akan menerima Anugerah Khidmat Setia “Long Service Awards” bagi tiga kategori tempoh perkhidmatan iaitu lebih 25 tahun, 20 tahun dan 10 tahun.