Pada 16 Julai 2020, pihak Pengurusan Tertinggi Radicare (M) Sdn Bhd bersama-sama Pengurusan Tertinggi Radimax Group komited untuk perangi rasuah dengan menghadiri Program Kesedaran ‘Anti-Bribery & Corruption’ di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Ini merupakan langkah permulaan dalam melaksanakan Subseksyen (5) Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang telah dikuatkuasa pada 1 Jun 2020 yang lalu.

Radicare (M) Sdn Bhd sebagai sebuah organisasi komersil yang berpengkalan dan beroperasi di Malaysia mematuhi segala undang-undang dan akta yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan. Sehubungan itu, Akta SPRM 2009 ini akan dipatuhi oleh semua pihak pengurusan, warga kerja dan pihak bersekutu kepada Radicare tanpa kompromi.

Bagi memastikan setiap pihak pengurusan, warga kerja dan pihak bersekutu bersedia dan sentiasa mematuhi akta ini, 
Radicare telah mula menyediakan tatacara mencukupi bagi mencegah berlakunya rasuah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan kami.  Tatacara mencukupi ini akan diterapkan kepada semua yang terlibat melalui latihan, komunikasi dan analisa risiko secara berkala dan sistematik bagi pematuhan yang menyeluruh.