Pada 27 Mac 2018, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Kamarulnajuib Bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan juga beberapa pegawai iringan dari Jabatan Alam Sekitar Selangor berkesempatan untuk membuat pemeriksaan ke Loji Pelupusan Sisa Klinikal dan Industrial Effluent Treatment System (IETS) di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Hasil dari pemeriksaan di kawasan IETS, beberapa teguran telah diberikan dari YBhg. Dato' Dr. Ahmad Kamarulnajuib dan akan diambil tindakan segera.
Pemeriksaan berjalan lancar walaupun cuaca hujan.

      

Pemeriksaan di Loji Pelupusan Sisi Klinikal disambung pada tengahari dan penerangan disampaikan sendiri oleh Mr. Jean Vandewalle iaitu President  syarikat dari Belgium ini kepada
YBhg. Dato' Dr. Kamarulnajuib. Hasilnya, 'incinerator' terebut telah dibenarkan untuk menjalankan Testing & Commissioning (T&C) dalam tempoh 3 bulan.



     

  

Cenderahati disampaikan oleh Pn. Hajah Halwah Abdul Manaf, Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Hidaya Yahaya, Ketua Pegawai Operasi.