National Asset and Facility Management Convention & Exhibition (NAFAM) 2018 telah diadakan pada 8hb dan 9hb Oktober 2018. 
Dengan tema "High Performance Asset : Forging Ahead"
NAFAM 2018 telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) anjuran Kementerian Kerja Raya.

Buat julung kali, Radicare terlibat dalam pameran NAFAM 2018 ini dan bersama-sama dengan 25 buah syarikat lain.
Antara topik-topik yang dibincangkan dalam persidangan adalah Government Total Asset Management Strategy oleh Datuk Seri Dr. Ismail bakar, Ketua Setiausaha Negara,
High Performance Asset Towards High Economic Value oleh Prof. Dr. Hishamuddin Mohd Ali, dari Universiti Teknologi Malaysia,
Embracing ISO55000 oleh Peter Kohler dari The Asset Management College, dan banyak lagi.

Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah merasmikan NAFAM 2018 dan meluangkan masa melawat tapak pameran.