Clinwaste telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kapasiti pelupusan sisa klinikal melalui pembelian mesin menggunakan teknologi 'microwave'. Teknologi ini mempunyai kelebihan teknikal, mesra alam dan kos pengoperasian yang kompetitif. Dua (2) unit Ecosteryl 250 Microwave Sterilisation System yang dibeli dari Belgium telah tiba pada 1hb September 2015 manakala satu (1) unit MDS 2481 dari Amerika Syarikat telah tiba pada bulan Oktober 2015. Ketiga-tiga mesin ini akan dirasmikan di sebuah Majlis Pelancaran Khas yang dijadualkan pada tahun 2016 bagi mewartakan inisiatif korporat dalam memenuhi permintaan pelupusan sisa-sisa klinikal negara sehingga 2025.