Sempena keberkatan bulan Ramadan, di samping dapat mengeratkan silaturrahim, Ibu Pejabat Radicare melaksanakan aktiviti mengagihkan Bubur Lambuk kepada pelanggan terutamanya di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5hb Mei 2021, 
bersamaan 23 Ramadan 1442H.

 

Pada masa yang sama, Bubur Lambuk ini turut diedarkan kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Radicare di Ibu Pejabat. Warga kerja Ibu Pejabat bersama-sama membantu untuk mengagihkan dan dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Aktiviti ini memupuk ikatan ukhuwah yang lebih erat dan mesra dikalangan warga kerja selain dapat meraikan kehadiran bulan 
yang mulia ini dengan saling memberi dan mengingati. Hampir 400 bekas Bubur Lambuk telah diagihkan
kepada pelanggan dan juga kakitangan.

 

Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa 
maka baginya pahala seumpama tanpa sedikitpun 
kurang pahala orang yang berpuasa

                                                                 (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi).