Pada 11hb Mac 2015, telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Ballroom I, Hotel Marriot Putrajaya. Majlis ini melibatkan 5 syarikat konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital iaitu Radicare (M) Sdn Bhd, Faber Medi-Serve Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Edgenta Mediserve Sdn Bhd), Medivest Sdn Bhd, One Medicare Sdn Bhd dan Sedafiat Sdn Bhd. Upacara menandatangani kontrak Perjanjian Konsesi PSH di antara KKM dengan syarikat-syarikat konsesi ini telah disaksikan oleh YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam iaitu Menteri Kesihatan Malaysia.

     

Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital bermula pada tahun 1996 apabila Faber Medi-Serve Sdn Bhd, Radicare (M) Sdn Bhd dan Medivest Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian konsesi. Selepas 15 tahun, skop perkhidmatan telah diperluaskan dengan penambahbaikkan dan pembaharuan telah di masukkan dalam Perjanjian Kontrak yang baru. Di bawah perjanjian yang baru, 5 buah syarikat konsesi ini telah di anugerahkan kontrak selama 10 tahun dan syarikat-syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan Healthcare Waste Management Service (HWMS), Linen and Laundry Service (LLS), Cleansing Services (CLS), Facility Engineering Maintenance Services (FEMS) dan juga Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS).