Pada 5hb – 6hb September baru-baru ini, telah berlangsung mesyuarat tahunan Radicare iaitu Management Review Meeting (MRM) bagi tahun 2017. Mesyuarat ini telah diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Ianya telah di Pengerusikan oleh Puan Hajah Halwah Binti Abdul Manaf iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Radicare (M) Sdn Bhd dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Hidaya Yahaya, Pengarah-pengarah Kumpulan, Pengurus Besar-pengurus besar Ibu Pejabat, Subsidiari serta Kawasan,
Pengurus Operasi dari semua cawangan, Pengurus-pengurus anak syarikat dan Bahagian/Jabatan.


MRM adalah acara tahunan yang dikendalikan oleh Kumpulan Kualiti Kesihatan Keselamatan & Alam Sekitar dan Pentadbiran untuk mengkaji keberkesanan Sistem Pengurusan Radicare (QMS, EMS dan OHSAS). Tumpuan utama mesyuarat ini adalah kepada penambahbaikan berterusan dalam prestasi perkhidmatan, keperluan sumber, tindakan yang akan diambil untuk menangani risiko dan peluang, peningkatan berterusan dan juga perubahan dalam kualiti kesihatan keselamatan persekitaran.