Bertempat di Mesmera Ballroom, The Everly Putrajaya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Radicare (M) Sdn Bhd telah berlangsung pada 13hb Julai 2017 bersamaan dengan 19 Syawal 1438H. Majlis yang gilang gemilang ini telah dihadiri oleh lebih 300 orang para tetamu. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.  Pelbagai juadah telah disediakan dan antara yang mendapat perhatian para tetamu sudah semestinya hidangan Kambing Golek, Sudut ‘Live Action Stall’, Rendang Daging Tok Johan, Sudut Aneka Panggang dan juga Satay. Majlis telah dimulakan dengan Bacaan Doa dan Choir Lagu Radicare oleh Kakitangan HKL dan juga Customer Service Executives. Kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Puan Hajah Halwah telah memberi ucapan sepatah dua kata dan secara tidak lansungnya merasmikan majlis pada hari tersebut. Buat julung kalinya, Penganugerahan Sijil Tamat Belajar (CHFM) kepada OM dan MBO telah  diadakan. Seramai 25 orang OM & MBO telah menerima Sijil Tamat Belajar pada hari tersebut. Penganugerahan Long Service Award 10 Years & 20 Years juga telah disampaikan oleh Puan Hajah Halwah dan juga Encik Hidaya Yahaya.

Sejurus selepas acara penganugerahan Long Service Award, Puan Hajah Halwah telah dikejutkan dengan nyanyian lagu dan persembahan kek sempena ulang tahun kelahirannya. Pada tahun 2017 ini, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan dari wakil setiap Region dan Subsidiari. Persembahan yang telah mendapat perhatian ramai dan menjadi juara pada hari tersebut adalah persembahan ‘Desparaya’ dari Central Region. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh ‘Bollywood Dance’ yang dipersembahkan oleh OM & MBO dari Terengganu Region, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kuala Lumpur Region. Majlis telah diceriakan lagi dengan acara cabutan bertuah di mana terdapat hadiah Grand Prize telah disediakan oleh pihak Penggurusan Tertinggi dan juga sesi bergambar di photobooth turut diadakan.